salam wbt~
post ni kalau nk kira da terlewat dkat dua bulan ade kot. malas gila nk apdet… dah ujung2 gamaknye usia blog ni.

akh nubhan selaku pilot konfiden nk merempit
nk jadikan cite, cuti summer aritu student department kat sini wat kuar qarar, sume student msia kt jordan kena quaratine sume gara2 makhluk bermuncung . takle kuar jordan ‘cept yg nk balik msia ngan yg nk ke tanah suci (maka berita gembiralah bg member2 yg nak nek pelamin cuti aritu, kalau tak agak2 sangap gak mereka2 membujang (lagi) tym short semester nanti).so yg mana da dekat sepurnama da plan nk gi europe, turki, dsb tu tepaksa la kensel, dasat gak penangan ‘cik -bi’ ni (nama manja). berpusu2lah student2 msia kuar masuk travel agency situ sana, refund tiket, nk tunda tiket pun takleh, sbb tempoh kuarantin ni tak fix, bergantung ngan severity H1N1 ni. kata pengarah student dpt kitorg kt sini, ” ni la tym nya anak2 nk meneroka segenap inci bumi jordan ni.” cuba korang bayang muka bdk2 yg tepakse refund tiket nk ke europe sbb katanya da jemu ngadap batu kt jordan ni….pergh, sayu je mata diorg. aku lak mmg tak plan nk gi memane, sbbnya iqamah (residency visa) da expired, dan baru nk renew. kira ada hikmah gak la. dalam 2,3 hari dah cuti berlalu mcm tuu je, (by “mcm tuu je” i mean bgun , makan, tido), timbullah idea nk merealisasikan amanat pengarah student department kitorang tu. setelah mengkaji2 sikit tempat2 mana lg yg tak pnah gi kt jordan ni (internet, tanya member2 arab) maka taulah aku ngan beberapa org lg member2 yg kt jordan ni ada air terjun ,wadi mujib namanya. kena lak musim2 panas ni, mmg kacip sgtla tu nk gi mandi air terjun. nk gi laut mati, panas, sbb kawasan dia lapang je, pokok2 pun kureng. aqabah lak ..hmm da slalu pg.so ptg tu jgk kitorang (10 org sume skali) pg sewa keta, esoknya tu pagi2 cadangnya nk gerak. cars rented and we’re all set. mlm tu mmg tido meniarap la kot sume, warm up muscle2 swimming..selamba je aku.
esoknya tu tepat 7.30 pagi kitorg gerak dgn dua keta. utk keta yg aku naik ni, ‘akh’ (halamak) nubhan mengofferkan diri utk drive. akh wasek plak dipaksa menjadi co-pilot sbb tau jalan, tapi tak konfiden lg bawak keta left side. ikhwah2(usrah ni beb) yg len yakni aku, afifi, ngan azrol iskandar either takde lesen lg @tak cukup tidur malam smlmnya tu. keta satu lg lak terdiri drpd bdk2 dentistry, assobiyah katanya.. yeop, rafi @lias budin, mr zhefri, muiz dan aiman. maka bertolaklah kitorang. perjalanan ni dijangka makan masa 4 jam bg average driver, 5 jam bg average driver yg tak tau jalan, dan 3 jam bg mat2 rempit . memandangkan akh nubhan dan mr zhefri berada pada tahap average, maka legalah kami yg duduk di passenger seats ni. wadi mujib ni tempatnya kt area2 laut mati jgk, kawasan lowest point on earth. tmpat2 bersejarah di jordan ni mmg kebanyakannya area2 situlah. mcm laut mati sendiri(zaman nabi lut), kawasan mount nebo(tempat persinggahan nabi musa ikut fahaman kristian

berkira2 strategi nk meredah halangan
la), dan al-maghtas, tempat pembaptisan nabi isa( pun ikut fhaman kristian jgk).. serba sdikit info ye.
so dalam lebih kurang pukul 10.30 cmtu kami sampaila kt mujib nature reserve ni. kt area luar tempat ni nmpak still nk dibangunkan lg spot ni. ade nk bina challet ape sume. sesampainya kt situ, kitorng salin2 pakaian ,siap2 la nk adventure ni. tempat ni katanya mereka2 yg dah penah pg, sgt2 mencabar la bg mereka yg kurang extreme skit. so kitorng time nk masuk ni cam, sronok sronok gak, tp papepun safety first la. entrance fee sbyk 9.50jd utk stiap sorg. tu pun da diskaun tu sbb ada student card. mahal benau. tp rata2 yg dah pegi cakap berbaloi bayar mahal. mmg puas hati. seriously kitorang tak menaruh harapan sgt sbenanya, tapi sbb da takde tmpat sgt nk pg, redah je la. kitorang pikir cam tempat ni tak bahaya sgt la , sbb safety precaution yg authorities offer kt situ cuma pakai life jacket je. takde guide atau life guard pun kt dalam tu nanti. so dgn doa yg diketuai oleh ustat azrol iskander(pehal lak nama penuh ni) kitorg mulakan ekspedisi ni. kata ustat azrol dan wasek(berpengalaman masuk hutan, wadi/lembah dsb,) masuk tempat2 camni kena jaga adab, jumpa lopak air jgn sentuh, jangan buang air merata,jumpa burung2 jgn tgur dan mcm2 lgla.berkarisma bai..

doa selamat diketuai ostat azrol iskander(bukan nama sebenar)
so, utk smpai air terjun ni, kitorg kena redah laluan berair/lawan arus, dalam 2 jam perjalanan gak la nk smpai air terjun tu.kinda like masuk petra utk smpai khazneh(red rose city) tu la , itupun pg je jalan kaki, balik boleh naik unta, himar,@ kuda, korang pilih je. katanya lg plak, spanjang laluan wadi mujeb ni ada 3 checkpoint, marked as danger zones. samada tempat tu air dalam/arus kuat/tmpat tinggi(kena panjat) atau pun kombo(selambe je istilah aku petik).dalam lebih kurang 45minit berjalan, smpailah kitorang kat checkpoint pertama. air dia mmg dalam la, tenggelam. kena lawan arus utk lepas checkpoint ni. ade tali2 yg diorg sediakan ,so just bergantung kt tali, then lawan arus.. time ni teamwork tu sgt2 penting la, tambah lak yg taktau berenang/cepat panic( termasukla aku sendiri =P). akh wasek dan ustat azrol lead the rest of us utk lepas halangan pertama ni. current dia mmg agak kuat jgkla. tp kitorg gagahi jua.eceh. alhamdulillah semua selamat lepas.

not knowing what lies ahead

begambar ramei2

kerjasama bai
dalam setengah jam lg perjalanan, tiba la kt 2nd checkpoint. akh wasek lead dulu utk survey kedalaman air. dalam jgk, air takat leher, dan current pun dpt rasa lg kuat berbanding ngan yg first td. even more challenging , kena rock climbing skit utk lepas checkpoint ni. dalam 3 meter tingginya. mungkin bnyiknya cam tak susah sgt, 3 meter. tp challenge kali ni combined dgn arus air yg kuat gak di samping nk memanjat tu. tangga tali ade disediakan, tp boleh kata kurang membantu sgt anak tangga tali tu. kami lebih byk step atas batu2 utk memanjat fortunately batu2 kt sini tak licin, ade grip la even pakai kasut yg tak bape sesuai pun. challenge ni dekat stengah jam gak la utk lepas. laluan sempit, therefore kena sorg2 la panjat. dahtu plak takleh rapat2 sementra tunggu member len lepas challenge ni dikhuatiri tali kendur, tenggelam la. checkpoint kedua ni rasa nk give up pun ada time memanjat tu, sgt2 tough la bg org mcm aku yg tak ekstrem ni, tmbah lak taktau berenang. tp part ni, kemahiran berenang tu tak come in handy sgt, yg penting tangan ngan kaki mesti mau kuatla. . kalau tergelincir tu…hish nauzubillah. alhamdulillah lega semua lepas 2nd danger zone ni, kami ambik masa utk rehat2 dulu. lengan ngan peha da sengal2 time tu. adedeh. kami isi ‘minyak’ dulu. snickers mmg da lenyek ape sume dah , tp kami telan jgkla, kena refresh, taktau next checkpoint ni camana plak rupanya. lebih kurang 15 minit pastu kitorg gerak balik.

last checkpoint.least challenging one
smpai checkpoint ketiga/terakhir. rasa lega sbb airnya atas skit dr pinggang je. cuma arus kuat dan ada climbing part skit. dalam semeter lebih cmtu je. alhamdulillah, tak smpai 15 minit kami sume da lepas halangan terakhir ni. time ni sume da laju2 je redah air, knowing the ‘treasures’ awaits just hundred meter ahead.
rasa nk nangis pun ada first time nmpak air terjun tu. mcm org kt gurun terjumpa oasis gamaknya. aku ngan ‘ikhwah2′ yg len masing2 berlari2 ke arah air terjun tu. ‘eyahooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo’ student2 msia kt sini mmg kemaruk sgt nk mandi sungai/ air terjun ni. kena lak time2 summer ni. nk mandi air paip kt rumah tu pun belum tentu dapat. kdg2 tade air. asik kena top-up je. macham shuffle.
aku carve nama aku kt batu area air terjun tu. bukti gua da berjaya buat sesuatu yg adventure dalam idop ni. leh kata overcome fear gak la, terhadap air terjun. for the record, time aku form 1 dulu penah lemas kt air terjun mana tah. sejak2 lemas tu aku masuk air pun kt laut mati je. sbb kompem terapung. kih3. rasa mmg nk amik swimming course pasni, nabi pun suruh ajar anak2 berenang, memanah, tunggang kuda ni,btol x? ade lam hadith kalau tak silap. dekat sejam gak la kitorg lepak2 kt air terjun tu. baring2, bertapa ape sume bawah air terjun tu. then adala 2,3 lagi rombongan pengunjung yg len smpai ke air terjun tu. mat saleh kebanyakan nya. part ni mmg kitorg panas skit. sbb mat2 &minah2 saleh time tu mmg taktau malu kot. kt sini, mcm kata ustat azrol tadi tu la. nk masuk tempat2 cmni jaga la adab tu. mangkuq… macham shuffle perangai.

the prize....priceless

weeeeee!!!!

pancit, ku gagahi jua
so agak2 bila kitorg da puas men tu, beransur la kitorg utk pulang. laluan dia sama gak la, cuma kali ni ikut arus. tough jgk sbb arus kuat. dan nk turun mmg lg susah dr memanjat. ada stengah2 tempat yg tinggi tu nk turun paut2 kt batu mmg susah. so terjun je la.memandangkan ade life jacket, timbul gak iAllah, jgn panik je. cuma kena jaga2takut tersangkut kaki la. tang turun ni mmg aku sendiri konfiden la. tak panik, alhamdulillah. tang tempat air tak laju/dalam sgt tu. just baring je , and the flow’ll take us home..weeeeee!!!!!! dlm separuh perjalanan kami balik semula ke main entrance, berselisih ngan 3,4 rombongan lain yg dalam perjalanan naik, ada jgk akhawat2 msia yg dtg.. rasa kagum jgk dgn semangat diorg nk meredah tempat cmni. mereka ni bermuroqibkan(teman) 2 org junior kitorg student msia gak, ngan sorg guide arab ni. bgusla.. at least pape jadik nanti ada org lelaki yg leh harap. lepas bgtau lebih kurang camana halangan2 yg diorg bakal tempuh tu, kitorg teruskan pjalanan pulang.

tang balik, go with the flow sajor

kami nk balik dahh. kata mr zhefri terjuntai2

hot katanya bergambar tepi lalang. tak paham aku

len kali plak
smpai kt entrance, ade dalam 2 family yg baru smpai , nak masuk. da dkat kul satu tym tu. diorang tnya kitorang…
“so how was it like fellas?” mat saleh tu tnya.
” the best place in Jordan so far….” jawab kami senyum kepuasan…
mat saleh tu cepat2 bayar entrance fee utk sekeluarga.
“godspeed! “ habaqku pada mereka sekeluarga.
smpainya kitorg kt rumah malam tu, dapat berita ada akhawat accident kt wadi mujib tu. masuk ward. tp dah stabil bila kami dapat berita tu. seminggu lepas tu plak, member arab se’batch’ aku di universiti kembali ke rahmatullah, accident di tempat yg sama. terjatuh, kepala terhantuk , dan lemas. meninggal kt tempat kejadian jgk..
pihak student department msia dah kuarkan plak qarar utk student2 msia takleh pergi ke wadi mujib.
sekian~
p/s : al-fatihah utk member aku muaz matelkar. org palestin arwah ni, mmg rapat jgk dgn student2 msia.wallahu a3lam
Recent Comments